Pages

Sep 26, 2016

Aktiviti Hujung Minggu

Salam dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk bernafas di atas muka bumi Allah ni.  Cuti hujung minggu ni macam2 tempat kami anak beranak pergi.

Jumaat, 23.8.2016

Pergi kerja macam biasa balik kerja terus pergi rewang dekat rumah sepupu sebelah abah. Kira pangkat anak buah yang kahwin tapi umur dia lagi tua dari aku. hihi. Rewang sampai ke maghrib. Nasib la anak2 ada orang jaga. Adik Haris macam biasa duduk rumah cik Ramlah. Hadi pandai bawa diri. Maklum lah dah abang2. hihi. Maghrib balik dan siap2 baba nak ajak beli baju anak2. hihi. Mama bab beli baju anak2 memang super excited. Lepas beli baju jalan2 naik boat dekat Taman Rempah Melaka. Dah lama sangat dah baba janji nak bawa. Malam ni baba tunaikan. Hujung2 bulan. Boleh lah baba layankan. Hihi. Thanks baba.


Hadi :)




Sabtu, 24.09.2016

Awal-awal pagi dah kejut anak-anak nak pergi kerja kahwin tapi biasa lah anak2 dah tidur lambat malam tadi. Pagi confirm akan bangun lambat. Dalam pukul 11 juga lah sampai rumah sepupu. Padahal dekat je. hihihi. Meh layan gambar jela. hihi



Abg Sobry, Dekcik, Angah & Adik Haris
:)
Senyum simpul anak-anak ni :)
Bersama acik :)
Syafiq  + Ibu
Abg Apul, Syafiq & akak
Family abg :0
Abg ipar :)
Haizir & Shikin
Dekcik
Hahahaha. muka tak boleh tahan, malu konon nak pegang benda tu. hihi
Dedek Haris
Mama over adik rileks je hihi
Sekian sahaja cerita minggu ni. Apa2 pun tahniah haizir dan shikin. Moga berkekalan.Lepas ni kalau ada cerita best pasti nak share lagi dekat blog. hihihi.

:)



Sep 14, 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah masih lagi diberikan kehidupan yang baik. Alhamdulillah jugak masih dapat merasa raya aidiladha tahun ni.

Raya tahun ni lain sikit sbb family laki hantar korban seekor lembu.Wan ambil 1 bahagian. Harap sampai niat wan korban tahun ni. Apa niat dia x tanya pula. Tahun ni excited bawak anak2 pergi masjid nak tengok sembelih lembu.

Pagi2 da kejutkan anak2. Mandi dan siapkan. Kesian dia sejuk2 kena mandi sebab nak pergi masjid. Hihi. Nasib anak bagi kerjasama. Jom layan gambar jela. Lama tak bebel. Kaku. hahaha.
Kesayangan Hamba

Posing dengan haris

Baju dah lawa tapi pakai puting lak adik oiiii

3 Hero mama

Antara lembu dekat masjid air molek
Hah!! Ni lah lembu dari Family my laki

Raya ke 2 melawat bibik mun akak arwah mak
Moga masih lagi diberi kesempatan tahun hadapan melihat keindahan ibadah korban,

Amin.........

Apr 4, 2016

Cuti-Cuti Malaysia : Port Dickson

Assalammualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik walau kadang-kadang sakit jugak sebab penat bekerja kot. hihi. Blog yang dah lama bersarang. Haha. Idea nak tulis kadang-kadang ada kadang-kadang tak datang. Sampai dah ada anak 2 dah. hahaha.

Cuti2 Malaysia tahun 2016 bermula dengan pergi kelantan tapi da lama dah pergi. Nanti-nanti lah update pasal Cuti-Cuti Malaysia ke Kelantan bulan 2 hari tu. Hari ni nak cerita pasal pergi Port Dickson. Pergi PD ni pun rancang last minit kebetulan ade wedding rumah sepupu.

Sabtu, 2 April 2016

Kiteorang gerak ke PD. Biasalah nak bercuti dekat2 ni semangat kurang sikit. haha. Pagi2 lepas subuh baru nak packing barang semua. Kelam Kabut. Siap2 makan dekat rumah semua dalam pukul 10pagi gerak. Ikut highway sebab wan malas nak lalu kampung. Sampai PD cari hotel budget bawah RM150 je. Memang selalu kiteorang dah sampai baru cari hotel sebab fikir bukan cuti sekolah so mesti banyak hotel kosong. Plan Asal nak stay Langit-Langit Hotel tapi full. Langit-Langit Hotel ada swimming pool. So best lah kan. Last kiteorg stay MERLIN HOTEL harga RM150. Ok lah sebab bawah budget lagi. haha. Janji selesa anak beranak.


Gambar luar Hotel Merlin

Sebelum pintu masuk siap ada payung-payung. Colourfull

Gambar wajib anak beranak

Senyuman manis anak mama

Ni yang paling best. Anak-anak happy. Masuk2 bilik je terus happy.

Abang Adik

Lepas check in hotel. Kiteorang anak beranak lepak2 dalam bilik dulu sebab nak pergi laut memang panas yang amat. So plan lepas asar baru keluar pergi laut. Tapi sebab dekat luar ada gelongsor bawaklah hadi dan haris pergi keluar. Baba tidur. hihi. Hadi panggil gelongsor tu "enan"

Sorang2 pun jadi hadi ni nak main2

Happy Boy





Lepas hadi dah puas main2 gelongsor tu. Kiteorang masuk dan siap2 nak pergi laut. Hadi lah paling happy sekali. Mama n baba tak berapa sangat dengan laut tp sebab nak happy kan hadi n haris je. hihi. Sampai2 dekat pantai kiteorang cari tempat nak duduk. Just nak letak barang2 je. Tak adalah macam berpicnic nau. Lepas tu turun pergi dekat pantai main2 air. Haris pun main2 air jugak.









Memang badan letih lah mandi laut ni walau tak mandi sangat mungkin sebab panas kot. Dalam pukul 6.30 kiteorang balik hotel. Mandi semua dekat hotel. Anak2 letih gila balik2 mandi terus tidur. Tapi sebab mama baba lapar. Keluar jugak malam tu pergi cari makan malam. Kiteorang makan dekat lori2 yang jual2 makanan tu. Makan nasi goreng dan char kueh tiaw jer. Bolehlah sebab nak pusing2 cari kedai memang payah sebab ada pasar malam. Pasar malam pun tak pergi sebab payah nak parking. Lepas makan baba ajak pergi tengok budak2 main RB. Mana2 pergi memang ada lah orang main RB ni. Hadi paling suka, Tapi mama galat sangat sebab tak bawa yoyo car hadi. Kalau tak boleh lah hadi main2 juga, Tak adalah tengok orang main je. Dalam pukul 12 kiteorang balik. Sampai2 bilik terus tidur sebab letih nau.

Ahad, 3 April 2016

Bangun awal sebab anak2 kemain awal lagi bangun, Nak tak nak mama kena lah bangun. Mandikan anak2. Makan semua dalam bilik. Sarapan megi. haha. Dah beli awal2 sebelum balik hotel malam tu. Sebab malas nak keluar, Hadi pun makan megi. Haris makan roti je. Dah siap2 makan nak bagi hadi tenang sikit sebab dia dalam bilik banyak sangat kerja dia. So bawa dia main gelongsor lagi. Sementara baba siap,
Gambar ni gegau plak. Ni dalam hotel tu

Sakan gelak adik ni

Turun naik main gelongsor

Lepas da puas main. Baba dah siap masuk bilik kemas2 nak checkout dalam pukul 11. Baba ajak pergi minum sebelum nak pergi wedding sepupu. Pergi lah minum coconut shake tapi tak sedap. Lepas tu terus pergi wedding sepupu. Makan2 gerak balik pergi Teluk Kemang sebab nak cari baju. Dekat Teluk Kemang hadi nak main kereta control baba layankan lah. RM5 untuk 10minit. Bolehlah. Nak happykan hadi. Lepas tu beli tshirt PD sorang sehelai dan balik..........................

Baba dan hadi

Mama Hadi Haris





Kereta control

So tamatlah percutian kami anak beranak. 2 hari 1 malam di Port dickson. Nanti baba cakap nak repeat lagi sebab nak tidur hotel hadap laut. Kos tinggi sikit so nanti2 lah.hihihi. Sampai melaka dalam pukul 5. Anak2 dua2 tidur. Tapi mama gigih kemas rumah basuh baju semua..

Okay next story tunggu tangan dan kepala ada idea :)