Pages

Jul 10, 2014

Meniarap

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kebiasaan ada bayi dah mula meniarap umur 3 bulan lebih tapi Hadi belum lagi. Sekarang dia nak masuk 5 bulan dah. Kalau mengiring dari dia 3 bulan lebih memang mengiring. Dia tidur pun memang suka tidur mengiring kecuali dalam buai dia tidur terlentang.

Normal ke tak kalau Hadi lambat meniarap? Tak apalah lambat pun tak apa janji Hadi sihat. Jumaat lepas masa hantar Hadi rumah ibu dia. hadi nak pusing2 kan badan dah. Tak boleh terlentang dia menangis. Hadi2. Slow2 lah sayang. Mana boleh nak terus dapat meniarap je. Hihihi. Semangat sungguh tengok dia. Kadang2 kesian pun ada jugak. Tapi biar dia usaha sendiri.

Nak dijadikan cerita hari isnin baru2 ni. Masa nak tidur Hadi boleh pula dia nak meniarap. Pusing2 dan akhirnya anak mama berjaya. Congrats Hadi. Nanti cuba lagi okay. Sebab hadi ni kalau dah boleh bersungguh nak buat lagi. Nak pusing balik tak berapa nak pandai lagi. Berpeluh2 tengok dia nak meniarap. Happy tengok Hadi dah pandai meniarap.

Lepas ni mama baba dah kena standby pengepung sebab hadi kuat berpusing2 atas katil. Risau kalau jatuh. 
Okay lah ni gambar masa Hadi berjaya meniarap sendiri tanpa bantuan. Time meniarap ni mata dia kuyu sangat nak tidur.
Meleleh air liur sementara nak meniarap :)

Okay daaaaaa :)




Jul 9, 2014

Rambut Raya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah pejam celik hari ni dah masuk 11 Ramadhan. Macam kejap masa berjalan sekarang ni. Setakat ni puasa masih full lagi :)

Semalam Kami anak beranak pergi kedai gunting rambut, Niat nak trim sikit  je rambut Hadi tapi pekerja kedai tu cakap kena pakai mesin juga. Alahai lemah betul lah. Sebab sayang rambut hai.Tapi tak apa lah kesian Hadi sebab rambut dia dah kena telinga. Macam rimas je tegok dia. So dengan hati yang berat kena botak lah dia. 

Hadi anak yang baik. Diam je masa uncle tu mesin rambut dia. Baik anak mama ni. Kalau nak tahu baba hadi pun baru lepas gunting rambut. Itu saja lah fesyen rambut baba hadi. Hihihihi. 




Before kena potong rambut

Hah da pakaibedak dah dekat badan tu

Cool je anak mama baba :)

Mama baba hadi :)

taraaaaa ni lah hasilnya


Okaylah setakat nilah cerita semalam. Ini rambut Hadi dan Baba. Rambut Raya. :)

Jul 3, 2014

Berbuka puasa



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah masih diberi nafas untuk meneruskan bulan puasa  yang penuh dengan keberkatan tahun ni. Hari tu aku dengan family sebelah aku dapat buaka puasa sama2. Just akak dan adik aku  tak dapat nak join sebab masing2 kerja. Tak apa next time boleh buka sama lagi sebab kami rumah dekat2 je. Yang sayang nya time kumpul ramai2 tak ada gambar ramai2. Sedih. Tak apalah meh aku tunjuk sikit gambar kami anak beranak :)


Antara lauk berbuka
My Abah
Balqis & Hadi
Mereka sepupu sepapat :)

Balqis & Hadi


Okaylah ni la cerita masa puasa ke empat kami anak beranak :)

Selamat Berpuasa semua :)

Jul 1, 2014

Murtabak maggi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdullillah hari sudah masuk 3 ramadhan. Macam kejap rasanya. So kalau masuk bulan ramadhan mesti macam2 kita nak masak kan. Termasuklah aku. Aku teringin nak masak murtabak maggi. Sebab aku nak masak murtabak maggi adalah aku rasa resepi yang simple. Haha.
Okay meh aku nak bagitahu bahan2 yang aku guna.

Bahan-bahan (3 kampit maggi )

1. Ayam cincang halus
2. Cili hidup
3. Daun bawang dan daun sup
4. Bawang merah dan bawang putih (hiris halus)
5. Telur 5 biji
6. Maggi kari 3 bgkus
7. Rempah kari 1 sudu

Cara masak

1. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Selepas itu masuk kan ayam. Goreng sampai ayam masak.
2. Sementara itu rebus mee maggi dan toskan air
3. Masukkan bahan yang ditumis & megi yang ditos kedalam mangkuk. Kacau sampai sebati. Dan last sekali masukkan telur dan daun bawang. Kacau smapi sebati.
4. Panaskan kuali. Guna minyak macam nak goreng telur dadar. Tak payah banyak minyak sangat. Aku pakai pemanggang ajaib je. Goreng smpai telur masak dan angkat.
5. Siap untuk dihidang.

Antara bahan-bahan
Mutabak maggi
Mutabak maggi ;)

Rasa murtabak maggi ni korang rasa sedap ke tak. Opkos sedap. hahaha. Bagi aku lah sebab laki aku cakap sedap . So mission complete :)

Maaf kalau resepi aku tak berapa sedap nak dibaca sebab ni first time tulis2 pasal masak-masak ni.

Selamat berpuasa semua :)