Pages

Jun 20, 2014

Perniagaan online

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Allahmdulillah masih lagi dipinjamkan nafas atas muka bumi Allah yang penuh dengan dugaan dan nikmat yang melimpah ruah. Nasib setiap insan berbeza termasuk aku. Tapi Alhamdulillah still diberi kudrat untuk tolong suami. Aku still bekerja lagi selepas kahwin dan selepas dapat anak.

Tapi faham2 lah kan makin lama main mahal barang2 dekat negara Malaysia ni. Dalam masa fikirkan macam2 nak beli aku selalu fikir bilalah impian aku yang 1 ni nak terlaksana. Aku selalu fikir nak meniaga. Jeles tau tengok kawan2 yang berjaya dengan hidup masing2. Aku ada 1 target je. Nanti kalau terlaksana aku akan share dengan semua. InsyaAllah. Doakan ye kawan2. Harapan impian aku jadi kenyataan. Sebab rezeki masing2 tak sama dan rezeki anak still ada. Itu janji Allah pada setiap insan.

Hari-hari aku banyak masa terluang dekat office ni dekat rumah adalah jugak masa terluang lepas hadi tidur so buat apa aku nak bazirkan masa aku. Sebab tu aku  nak sangat meniaga Online. Nak meniaga perlukan modal yang besar dan kalau tak ada modal kena pandai nak cari supplier yang boleh deal ngan kita. Aku selalu duk tengok dekat internet macam mana nak mulakan pernigaan online tanpa modal, cara nak mulakan perniagaan online.

Apa-apa pun aku akan try nak capai impian yang 1 ni untuk tolong laki aku. Sebab dia pernah cakap nanti lepas dah settle hutang yang kecik2 boleh berhenti kerja so aku kena sediakan payung sebelum apa2 sebab aku nak beli apa2 susah nak minta dekat suami sebab kesian dekat dia macam2 nak bayar (cewah baik tak aku). Laki aku cakap laki 2 tahun kalau nak berhenti keje boleh. Yahoooooooooo.. Thanks abg..

Okaylah setakat ini bebelan si pengharap yang tegar.


Note : mood tak tentu arah sekarang :(

Jun 19, 2014

Klinik Ibu Dan Anak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Pejam celik kejap je anak aku dah 4 bulan 3 hari. hari ni kena bawa dia pergi cek dekat kilnik untuk 4 bulan. So sebab baba hadi ada rumah dialah kena bawa. Sekarang ni kena bawa hadi pergi klinik kena ikut masa temujanji yang dia bagi. Kalau tak dulu pukul 7.30pagi akudah terpacak depan pintu klinik tu sebab nak cek. Maklumlahkan nama pun klinik ibu dan anak so memang akan ramai. Tipulah kalau tak ramai. Sebab tu yang aku dengar keluh resah  ibu2 mengandung dan ibu2 yang bawak anak pergi klinik setiap bulan.

So tadi aku pergi klinik pukul 10pagi sebab appointment pukul 10pagi. Tadi hadi tak banyak meragam dekat kilinik. Dah biasa agaknya sebab tu tak kesah. Dalam pukul 10.45pagi baru nama hadi dipanggil. Benda first yang kena buat timbang berat hadi dan ambil ukuran panjang hadi.

Berat : 5.45kg
Panjang : 58cm
BMI : 16.2

Lepas dah cek semua tu. Kena tunggu lagi okay bukan terus boleh balik. Kena jumpe misi lak. Sekejap je nama hadi dah panggil. Misi tu cek2 hadi tengok hadi aktif ke tak. Alhamdulillah anak mama sihat semuanya. Just anak mama tak pandai nak meniarap sendiri je. Tak apa slow2 okay sayang. Nanti lama2 boleh lah.
Tapi misi tu cakap anak aku cam 'bantut' sikit sebab panjang hadi still dekat graft kuning. ish apalah la misi tu. Tak baik cakap macam tu. Tapi mungkin dia ikut graft dia kot. Tapi still okay lagi setiap bulan ada penambahan berat dan panjang. Apa2 janji sihat.

Tepat pukul 11pagi settle lah urusan bawa hadi pergi klinik. Balikdari klinik baba hadi ajak pergi amibil surat sokongan YB dekat jepuran. Siap surat apa semua terus hantar hadi pergi rumah ibu angah dia. Hari ni ibu angah dia jaga sekejap je dari pukul 11 lebih sampai pukul 4.30petang sebab petang nak tengok mentua dia. Harap mentua dia sihat sebab still ada dala icu sebab jangkitan kuman. Aku ni tak tengok2 lagi. Kalau ada kesempatan esok aku nak pergi tengok sekejap. Jumaat kan rehat lama sikit.

Pukul 11 lebih aku pergi office smpai pukul 12 tengah hari. Lambat. Hahahahaha. tapi buat muka tak bersalah je sebab aku dah bagitahu yang aku masuk lambat. Yang best nya bos aku ni kalau aku masuk lambat dia tak tolak cuti. So jimat lah cuti aku. Gaji pun  tak potong.


Buku Biru Muhammad hadi Bin Mohd Ridhuan

Apa yang misi duk tulis dalam buku biru

Muhammad Hadi - 1 hari

Muhammad Hadi - 4 Bulan

Setakat ini saja cerita aku sebab nak sambung buat kerja. Maaf sebab aku memang ayat merapu sikit kalau menaip ni. Maklumlah BM aku memang tak berapa nak okay time SPM. hahahaha





Jun 17, 2014

Muhammad Hadi - 4 Bulan

Assalammualaikum..

Alhamdulillah semalam genap umur anak aku 4 bulan. Lama betul tak update blog. Nak kata busy memang tak lah. Banyak entry yang tersimpan dalam draft. Nanti dah siap sepenuhnya akan ditunjuk dekat belog yang tak berapa nak meriah ni. Hahahaha. Okay sekarang nak tunjuk anak aku Muhammad Hadi yang dah 4 bulan. Nanti kalau free aku update lagi :)