Pages

Jul 11, 2013

Salam Ramadhan 1434H

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Alhamdulillah masih lagi diberi nafas untuk menjalani kedatangan  bulan Ramadhan yang pasti ditunggu oleh setiap insan yang bergelar muslim.Untuk tahun pertamanya puasa tahun ni bersama suami tercinta..Sebelum ni pun selalu jugak puasa ngn dia tapi tahun ni lain sikit sebab da jadi suami isteri.

Tahun ni kena puasa dekat rumah mentua sbb duduk dengan mentua.Nasiblah dapat mak mentua dan abah mentua yang ok.Kalau bangon sahur lewat sikit tak apa sebab abah selalu bangon awal.Sudah siap semua baru dia kejut mak n aku.huhuhu.Baikkan abah mentua aku.hihi.Si suami tak dapat bersahur di rumah minggu ni sebab dia keja malam :)

Time berbuka lak tolong sikit2 je sbb  memang mak mentua yang akan masak sebab anak2 dia nak dtg buka puasa sama.Kalau aku masak sapelah nak makan.hihihi..

Okaylah Selamat menyambut bulan Ramadhan dengan penuh pengisian yang baik.Kalau larat jangan lupa kita sama2 penuhkan masjid dengan solat terawih okay kawan2 :)

** Harap jugak tahun ni aku dapat puasa penuh.In Shaa Allah.

May 7, 2013

First Time mengudi



Assalammualaikum dan Salam sejahtera

Tengok tajuk mesti sudah tahukan pasal apa yang bakal dihujahkan dalam belog yang suam-suam kuku kaki ini.huhuhu.Semangat memang  tak ada langsung untuk menaip tapi pasal mengundi untuk  PRU13 tahun ini pas 5 Mei 2013 memang semangat.
Sumber dari spr :)

Suami Isteri semangat nak pergi mengundi sebab First Time lah katakan.Kalau tak memang tak ambil port pun pasal politik ini.hahaha.Kami sekeluarga undi pasti yang sama tapi apa-apa pun UNDI ADALAH RAHSIA.So biar hanya tertulis atas kertas undi saja.

Terus terang sebelum ini tak ambil kisah pasal politik sebab tak suka nak peningkan kepala.hihihihi.Boleh dikatakan macam katak bawah tempurung.Tapi tak apa untuk Negara saya pergi mengundi.Sebab 5 tahun sekali sajakan.

Yang paling tak boleh lupa sanggup duduk depan televisyen lepas maghrib sampai selesai pengumaman siapa kalah siapa menang.Memang first time jugalah.Semata-mata nak tahu keputusan.Disebabkan mata tak larat nak tunggu sampai habis akhirnya kecundangan di pertengahan jalan.hahaha.Tidur lagi baik.Suami + Mak Mentua + Abah Mentua je yang sanggup tunggu smpai kemuncak.

Ada lagi yang tak boleh lupa.Tahun ini semasa nak pangkah nama calon semua orang kena calit DAKWAT KEKAL kat JARI TELUNJUK sebelah tangan kiri.So pastinya saya pun akan dicalit.Balik-balik rumah seboleh-boleh nak hilangkan.Saja je nak try hilangkan sebab da biasa kuku bersih je.hihihihi.


Jari saya dan suami :)

So tak sabar nak mengudi lagi 5 tahun kalau ada umur :)

Note : Undilah dengan penuh keyakinan :)

Feb 22, 2013

Tidur zzzzzz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Semua orang mesti tahukan pe tu tidur??hahaha.so aku pun tahulah apa itu tidur tapi aku ada masalah pasal tidur ni.Kalau aku tidur lambat mesti aku akan ngantuk kat opis tapi kalau aku tidur awal pun.Still akan mengantuk jugak.Sampai aku jadi pelik dengan diri sendiri.Segan gak sbb syik nak tidur je kat opis ni.hihihi.
So macam2 cara aku sudah buat supaya aku tak akan mengantuk dekat opis.Antaranya

  • Bancuh air nescafe ( bolehlah tahan dalam 15 minit je tak mengantuk pastu layu balek mata aku )
  • Makan gula-gula( makan la byk mana pun tak aakan jalan sbb habis gula-gula mengantuk dtg balik )
  • Basahkan tisu ( ambil tisu dan lap-lap dekat mata tapi mcm apa je..hihi)
  • Pergi meja kawan ( jalan2 jap pastu ngntok balik)
  • Tidur time rehat walaupun 15 minit
Itulah antara yang aku buat tapi mesti tak akan jalan sampai ada 1 masa aku sampai terlelap masa bos aku duk semangat terangkan pasal lukisan.hihihi.Bayangkan lah dia depan je bijik mata aku ni aku boleh tidur inikan kalau dia tak ada.hihihi.

Jadi terpaksalah search punca mengantuk aku yang tak pernah settle ni..hihihi.

note : Harap tidur kembali normal :)


Feb 21, 2013

Breakfast untuk suami

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Kehidupan suami isteri ini tak  lengkap kalau tak masak makanan untuk suami.So itulah yang terjadi dekat aku.Walaupun aku tinggal dengan mak dan abah mentua tapi aku try juga nak masak untuk suami aku.Walau tak sedap mana tapi nak try jugak.hihihi.Kalau dia nak komplain tu belakang cerita.

Sebelum suami pergi kerja pagi.Selalunya akan sempat buat air je untuk dia.Kesian pulak aku tengok sebab dia tak sempat  nak makan.So aku try ubah waktu tido yang dulunya bangun nak dekat2 pukul 7 ke pukul 5.30.Awalkan?tapi tak apa untuk suami.Bangun masakkan nasik goreng.Tapi maaf la yea terlalu pedas katanya tapi aku makan cam biasa je.hihihi.Dia puji sedap (nta yea nta tak ek)hihihihi..

Tapi apa2 pun Alhamdulillah walau bukan setiap hari dapat masak untuk suami tapi aku try jugak.Tak minta dipuji tapi rasa bangga dengan diri sebab mampu bangun seawal tu utk suami sebelum dia pergi kerja.hihihihi.

Note : abg sedap tak syg masak?hihihihi

*maaf gambar tak ada :(

Jan 31, 2013

I'm Coming

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Mohd Ridhuan Roslai _Siti Saridah Mohd Nor


Pejam celik pejam celik status single da bertukar ke status married.cewah.Semangat je jari ni nak menaip blog yang lama da tak bersentuh.Mungkin sebab terlalu busy menguruskan segala persiapan nak kahwin.Tapi sekarang  busy nak urusankan rumahtangga pulak.

Sekarang ni aku sudah kahwin so hidup semua da berubah la.kena bangun awal.Kena buat kerja rumah lebih sikit.Tapi yang paling best tak payah masak sebab aku tinggal dengan mentua.Happy sangat :)

Hari ini tak dapatlah aku nak taip panjang lebar sebab otak tengah fikir entry apa yang paling best nak share kat blog yang akan jadi tatapan aku.

Jadi setakat ini sajalah.hihihi.Esok sambung :)