Pages

Mar 22, 2012

NAK

Assalammualaikum

Nak kawan saya sudah kawan hampir lebih dari 10 tahun.Dialah yang jadi kawan saya dari saya kecil.Terima kasih kepada dia sebab dia sudi kawan dengan budak comot ini.

Nak kapel saya da kapel sudah hampir 4 tahun.Dialah yang menjadi kapel yang banyak ajar saya erti susah senang kehidupan.Terima kasih sebab nak gak jadi kan saya kapel yang kuat.

Nak merisik saya sudah dirisik oleh keluarga dia.Terima kasih sebab keluarga dia sudi risik budak senget yang kuat gaduh ini.

Nak tunang saya sudah tunang dengan dia 3 bulan lebih.terima kasih sebab sudi nak tunang dengan budak yang banyak kerenah ini..hihihihi

Nak kahwin?masih belum lagi sebab kami masih mencari masa yang sesuai untuk kami abadikan tarikh kami.

Jadi kalaulah nak kahwin macam-macam yang akan saya dan dia fikirkan.Terlalu banyak yang perlu dibincang dan diperincikan lagi sebab semua orang inginkan perkahwinan yang indah bukan??

Andai ada jodoh antara aku dan dia.Kami pasti bersama.Amin

Terima Kasih MOHD RIDHUAN ROSLAI sebab kamu sudi jadi yang terindah dan termasam dalam hidup saya :)






Mar 21, 2012

Kerinduan

Assalammualaikum



Kerinduan yang datang dengan tiba-tiba datang dalam hidup.Kerinduan yang ditambah dengan senyuman yang sungguh manis di pipi.Kerana tanpa kerinduan tiadalah kisah hidup yang gembira.Andai kerinduan itu hilang pasti hidup kembali suram.

Dengan kerinduan yang ada dalam hidup hari-hari saya gagahkan diri berjalan kaki dan menaiki LRT dan Monorail hari-hari untuk mencari rezeki untuk menyambung hidup yang dulunya tidak berapa.Kerana saya perlu kerja yang mampu buat saya gembira.Bukan kerja yang menyakitkan hati setiap hari.

Kerinduan kepada Family dan orang tersayang di kampung mampu memuat saya kuat walaupun saya rasa bosan sangat tinggal di Kota yang penuh dengan dugaan ini.Semangat yang ada pada arwah mak menjadi contoh kepada saya.Mak kuat jadi saya pun perlu kuat untuk teruskan hidup.Sebab manusia bukan terus jadi kaya kalau tak bermula dari bawah.


Andai betul kerinduan adalah semangat yang paling kuat.Saya PERCAYA!!!


Mar 20, 2012

Kesabaran Maksima

Assalammualaikum


Hidup saya kembali ceria setelah macam-macam telah saya lalui sebab bagi saya setiap dugaan yang datang ada hikmah.Sabar penting sekarang ini memang paling penting sebab kalau tiada kesabaran pada tahap yang paling maksima.Pasti saya akan datang rasa tidak puas hati tapi kalau manusia mesti ada tahap kesabaran masing-masing kan?

Andai manusia dilayan dengan alasan berhari-hari,manusia akan bosan sebab kebanyakan manusia sekarang sudah pandai menilai setiap apa yang terjadi atas muka bumi Allah ini.Manusia yang sudah pandai menilai juga perlukan jawapan yang munasabah untuk semua alasan yang akan diberikan.Tapi adakah  manusia akan percaya dengan alasan yang tidak boleh diterima dek akal yang sudah diajar untuk berfikir dengan bijak?

Kalaulah saya mampu nak ubah keadaan pasti saya akan ubah tapi saya manusia yang orang pandang sebelah mata saja.Tapi Alhamdulillah sebab akal yang telah diberikan saya mampu bersabar.Lagipun siapa saya nak ubah hukum alam.Semua itu bukan kuasa saya.Hati yang rasa tak sama dengan apa yang akan manusia lain cakap.Manusia memang pandai bercakap tapi andai mereka pandai memilih apa yang akan mereka cakap,saya akan hormat mereka tapi kalau tidak,maaf sebelah mata saya tidak akan pandang.Sebab bagi saya takdir masing-masing tidak sama.

Cerita yang panjang akan membuat manusia rasa bosan sebab manusia hendak jawapan dan jalan cerita yg sedap bukan cerita yang panjang dan jalan cerita yang banyak dengan konflik.

note : Harap cerita ini akan tamat secepat mungkin