Pages

Jun 29, 2012

KENDURI

Asslammualaikum dan salam sejahtera

Gambar : Sebelum pergi kenduri

Sejak balik tinggal di Melaka ini.Setiap hari boleh dikatakan akan ada saja perkara yang akan aku buat selain kerja.perkara yang akan dibuat ialah menghadirkan diri ke kenduri rumah saudara-saudara.Sudah semestinya akan tolong masak dan kemas-kemas.

Kenduri di rumah saudara-saudara aku memang meriah dengan gelagat semua makcik,pakcik dan sepupu-sepupu aku.Gelak macam orang gila itu memang da jadi adat da.hahaha.tapi kami gurau habis kat kenduri saja tak ada simpan dalam hati sebab itu hati saudara mara aku kuat gila.hahaha.

Terbaru ini kenduri arwah di rumah makcik aku yang baru meninggal serta kenduri di rumak maklong aku yang buat kenduri doa selamat untuk cucu dia yang baru lepas sunat :)

Okay la itulah perkara yang aku buat time balek melaka nie.Penat tapi happy dapat berkumpul dengan saudara mara.


Note : Kenduri akan dapat eratkan silaturahim :)

Jun 27, 2012

Perginya mereka

Asssalammualaikum dan salam sejahtera


Setiap yang hidup pasti akan mati.Itu ungkapan yang tak mampu kita sebagai manusia hendak ubah sebab itu janji Allah kepada kita.Sebagai hamba kita kena redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan kepada kita.
Perginya orang yang kita sayang itu pasti sama ada cepat atau lambat dari matinya kita sebelum mereka.

Perginya seorang ibu yang aku sayang telah banyak menyedarkan aku betapa pentingnya kita supaya jangan berjauhan dari keluarga.Ibu yang aku sayang telah tinggalkan aku dengan pelbagai tanda tanya dikepala aku sebab aku seorang tidak dapat menatap wajah ibu disaat akhir hayat nya. Aku redha sebab itu takdir.

Selang beberapa tahun nenek yang aku sayang juga tinggalkan aku.Dan sekali lagi aku masih tinggal berjauhan dengan keluarga. Kenapa aku masih tidak nampak semua yang aku penah lalui.Tetapi aku masih diberi ruang untuk bersama dan menjaga nenek disaat akhir hayat nenek.Alhamdulillah apa yang aku fikir dikepala aku tak terjadi kerana di saat akhir hayat nenek aku masih mampu menatap dan cium dahi nenek untuk kai terakhir.

Janji Allah itu pasti,pada tahun ini Makcik yang seorang yang kuat menahan sakit jantung dari remaja telah pergi tingglkan aku dan keluarga.Makcik yang terlalu rapat dengan aku setelah perginya emak dan nenek pergi. bagi aku makcik aku seorang yang kuat kerana dia dapat menahan sakit terlalu lama.

Allah telah memberi aku ruang untuk bersama-sama makcik aku semasa dia sakit.Aku sempat tunggu makcik aku time operation jantung.Saat itu hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan beliau.Aku,sepupu dan pakcik aku yang berada di situ hanya mampu berdoa supaya semua berjalan dengan lancar.Alhamdulilllah makcik aku selamat.Kami tersenyum gembira.


Tapi siapa sangka senyuman kami semua hanya sementara.Kami redha.Hanya seminggu lebih aku balik tinggal di Melaka makcik aku pegi meninggalkan kami.Makcik kena serangan jantung.Bergantung dengan mesin.Ya Alllah sunggguh sedih melihat keadaan makcik semasa di bilik CCU.Kami semua keluarga telah redha dengan apa yang akan berlaku masa itu sebab doktor telah bagitahu yang makcik tak dapat bertahan lama.Makcik terlalu lemah.


Semua yang berlaku akan ada hikmah.Itu juga pasti.Semoga arwah emak,nenek dan makcik ditempatkan dikalangan orang-orang berimanan.Al-Fatihah.


Note : Mati itu Pasti



Jun 25, 2012

Ujian Komputer Lesen Memandu

Assalammualaikum  dan salam sejahtera

Nak update malas tapi disebabkan terlalu tak ada kerja duduk kat rumah so baek update blog ini supaya nanti boleh dibaca time boring-boring nanti.

Seperti tajuk diatas,pada 24 jun 2012 aku telah ambil ujian komputer untuk melengkapkan lesen memandu aku.Disebabkan ujian komputer itu aku kerja pun duk baca buku dan soalan-soalan yang dibekalkan pada aku.Aku risau sangat kalau gagal.Memang malu la kan.

Alhamdulillah akhirnya aku dapat menjawab 50 soalan yang diberikan kepada aku dengan baik bagi aku.Tapi aku yakin ramai yang lagi baik dari aku sebab aku cuma dapat 47/50 je.Time jawab soalan tu aku semak sampai 3 kali.Walaupun banyak kali  aku duk semak  tapi tak apa janji result yang aku dapat aku puas hati.





Disebabkan sudah lulus ujian komputer pak cik yang akan ajar aku tu bersemangat nak suruh aku habiskan cepat tapi aku risau la sebab nak minta cuti saja.Da la aku ni baru je kerja.Nasib la kerani kat tempat kerja aku paham yang aku nak ambil lesen sebab nanti senang la aku nak pergi kerja.

Note : 26 Jun 2012 Kelas memandu plak..memang bosan la..hahaha


Jun 20, 2012

Lesen Memandu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



"Lesen Memandu" satu ayat yang aku selalu sebut di mulut aku yang aku nak sangat ambil sebab bagi aku lesen sangat penting untuk masa akan datang.Betul tak?Kebanyakan kawan-kawan aku semua sudah ada lesen memandu mungkin bagi dorang senang untuk ambil lesen itu tapi bukan bagi aku.

Nak dijadikan cerita nekad aku selepas duduk melaka.Aku akan ambil lesen memandu sebab ak pergi kerja kena ada transport sendiri.Tak kan la aku nak harapkan adik beradik aku dan tunang hantar hari-hari.Kesian dorang.Terkejar-kejar kena hantar aku.Tapi aku tahu dorang ikhlas nak tolong aku sebab dorang nak sangat aku balik melaka duduk dengan dorang.

Kalau ambil lesen memandu jadi kenalah pergi kursus 5jam.memang mengantuklah tapi aku tahankan juga mata aku supaya tak tidur sebab aku malas nak study balik buku teks dan buku soalan yang orang tu bagi aku.Nak membaca dan jawab soalan yang banyak memeningkan kepala aku.Berhari-hari aku baca pun tak masuk-masuk dalam kepala aku nie.Mungkin sebab sudah lama aku tak menghafal kot.Nak tak nak aku kena study juga buku teks dan buku soalan sebab ahah ni aku akan amik ujian komputer.Memang takut gila la.


Ramai kawan-kawan aku cakap yang ujian komputer tu senang dan ada juga yang cakap susah.Sebab nak kena lulus 42/50.Thanks dekat semua yang bagi aku semangat untuk aku amik ujian komputer tu.hihihi.Harap aku akan dapat dengan baik.


Semoga ujian komputer dan lesen aku akan berjalan dengan baik dan lulus.Itu impian aku.

Note : Setian yang bersungguh pasti akan berjaya :)