Pages

May 7, 2013

First Time mengudi



Assalammualaikum dan Salam sejahtera

Tengok tajuk mesti sudah tahukan pasal apa yang bakal dihujahkan dalam belog yang suam-suam kuku kaki ini.huhuhu.Semangat memang  tak ada langsung untuk menaip tapi pasal mengundi untuk  PRU13 tahun ini pas 5 Mei 2013 memang semangat.
Sumber dari spr :)

Suami Isteri semangat nak pergi mengundi sebab First Time lah katakan.Kalau tak memang tak ambil port pun pasal politik ini.hahaha.Kami sekeluarga undi pasti yang sama tapi apa-apa pun UNDI ADALAH RAHSIA.So biar hanya tertulis atas kertas undi saja.

Terus terang sebelum ini tak ambil kisah pasal politik sebab tak suka nak peningkan kepala.hihihihi.Boleh dikatakan macam katak bawah tempurung.Tapi tak apa untuk Negara saya pergi mengundi.Sebab 5 tahun sekali sajakan.

Yang paling tak boleh lupa sanggup duduk depan televisyen lepas maghrib sampai selesai pengumaman siapa kalah siapa menang.Memang first time jugalah.Semata-mata nak tahu keputusan.Disebabkan mata tak larat nak tunggu sampai habis akhirnya kecundangan di pertengahan jalan.hahaha.Tidur lagi baik.Suami + Mak Mentua + Abah Mentua je yang sanggup tunggu smpai kemuncak.

Ada lagi yang tak boleh lupa.Tahun ini semasa nak pangkah nama calon semua orang kena calit DAKWAT KEKAL kat JARI TELUNJUK sebelah tangan kiri.So pastinya saya pun akan dicalit.Balik-balik rumah seboleh-boleh nak hilangkan.Saja je nak try hilangkan sebab da biasa kuku bersih je.hihihihi.


Jari saya dan suami :)

So tak sabar nak mengudi lagi 5 tahun kalau ada umur :)

Note : Undilah dengan penuh keyakinan :)