Pages

Feb 7, 2014

Tungku Baby

Assalammualikum & Salam Sejahtera

Memandangkan sekarang ni kandungan aku dah 38 minggu. Aku kena settlekan banyak lagi benda tapi ak cakap suami aku. Kalau dah bersalin nanti abg carik kan lah. Aduh risau betul aku. Yelah nanti susahkan dia pulak kan sebab nak jaga aku lagi. Dengan semangat berkobar2 nak jaga dak baby lagi. Suka tengok riak muka dia nak tunggu baby kuar.

Semalam aku pergi nagoya dekat melaka ni. Aku beli kain apa entah nama dia tapi lembutlah jugak. Harga semeter RM5.50. Aku beli semeter je sebab nak buat tungku baby je kan. Kecik je. Comel je aku tengok kan lepas dah siap. Meh aku nak bagitahu bahan2 yang aku gunakan untuk buat tungku baby ni.

Simple je barang2 nak siapkan tungku comel baby aku ni. Sebelum tu aku nak bagitahu yang isi kandungan dalam tu aku tak pasti apa sebab aku amik akak aku punya tungku. Dia cakap boleh pakai lagi buat apa nak membazir. Hah nampak tak kat situ aku telah berjimat. Tapi sebab nak sambut baby aku so aku nak nampak baru. Hihihihi.

Bahan-bahan

  • Kain Cotton (potong size ikut sukalah nak besar mana)
  • Gunting
  • Tali Cotton
  • Bahan2 dalam tungku tu ( warna hitam colournya tapi aku tak tahu apa.Nanti aku tanya akak aku eh )
Cara nak buat tak payah nak terang kot. Kalau korang tengok je mesti dah tahu macam mana nak buat. Hihihi. Sebab simple je okay.

Tungku anak buah aku :)

Bahan dalam tungku baby

Bahan2 yang digunakan

Hah kan dah siap :).. Comelkan??puji diri sendiri sikit

Kalau korang nak tahu banyak kebaikan tungku ni. Untuk tuam baby kot2 lah dia kembung ke apa ke. Kalau baby boy lah kena tuam kat ehem2 dia sebab takut kena angin pasang. Cara dia mudah je kalau nak guna just panaskan dekat seterika je. Agak2 suam tu tekaplah dekat baby. Jangan panas2 tu pergi tekap. kesian dak baby nanti. Hihi.

Fuhh settle pasal tungku baby. Tungku mak baby lak nanti aku story eh. hari tu kawan aku ada bagi tungku herba tu. Boleh guna tapi nak jugak rasa tungku batu sungai yang kawan aku adda nak bagi pinjam Hihi.

Kereta encik suami aku dah langgarkan tiang.
Punyalah dia jaga kerete dia ni aku sukati je nak kemek kan.
Nasiblah dia okay je. Nanti syg tolong settlekan duit ketuk eh.
Saja je masukkan picture kereta aku kemek tu sebab kejadian berlaku lepas aku beli kain untuk buat tungku baby ni So dia akan menjadi sejarah aku. Hahaha. Siap menangis lagi telefon encik suami. Mana taknya takut dia marah aku sebab kereta nie kan nyawa dia. Maaf Abg. Hihihi

Stop takat ni okay. Jumpa lagi. Doakan aku eh sebab tengah tunggu hari.

Okay daaaaaaaa :)

Feb 4, 2014

Minta Maaf sebelum bersalin

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tajuk entry kali ni macam semacam je. Tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni aku macam moody je. Semua tak kena. Suka nak menyendiri. Mungkin ini sebab terlalu fikirkan bila nak bersalin agaknya. Aduh semacam je aku sekarang ni. Padahal ramai dah bagitahu suruh aku tenang je. Hadapi dengan tenang apa semua.Sekarang ni usia kandungan aku dah 37week dah.

Tapi sebagai manusia biasa kita tak akan lari dari perasaan takut. Sebab itulah naluri seorang yang akan bergelar ibu. Aku yakin semua bakal2 ibu dan ibu2 akan rasa apa yang aku rasa. Dan sebagai manusia biasa jugak kita tak akan lari dari buat salah dengan semua orang. Jadi dikesempatan ini aku ingin mohon maaf terutamanya kepada :


  • Suami - Abang maafkan syg eh sebab syg selalu  buat abg susah hati, mengada je nak suruh buat itu buat ini. Tapi percayalah saya bukan sengaja. Pembawakan kot. Hihihi. Kesian abg kena layan kerenah syg. Kena tumbukkan ubat untuk syg hari2, kena urut kaki syg kalo abg ada time malam, kena belikan itu belikan ini. Maafkan syg eh. Halalkan makan minum syg. Syg cyg abg au. Ingat janji abg au. Nak temankan syg dalam Labour Room (LR).
  • Abah - Maafkan adik eh abah sebab adik selalu lawan cakap abah dulu. Doakan adik kuat macam arwah mak masa lahirkan adik. Adik harap abah ada dengan adik time adik nak lahirkan cucu abah ni. Halalkan jugak makan minum yang abah bagi dari adik kecil sampai sekarang. Doakan adik eh abah. Adik sayang abah dunia akhirat.
  • Mentua - Maafkan seri eh mak dan abah, Harap halalkan makan minum semua. Doakan seri kuat. Seri harap semua nasihat dari mak dan abah seri dapat ikut time nak bersalin nanti.
  • Family aku  - Maafkan semua yang ateh buat eh. Sebab ateh kan kuat sakitkan hati korang. Tapi ateh tahu korang baik hati sebab kita semuakan kuat macam arwah mak n abah. Apa orang nak kata kita layan je. Doakan ateh kuat time nak bersalin anak buah korang eh.
  • Family Mentua - Maafkan seri kalau ada sakitkan hati semua. Doakan seri :)
  • Kawan-kawan  - Maaf eh kawan2 terutamanya kepada GG semua. Koranglah semangat aku. Korang sentiasa bagi semangat dekat aku. Harap semua dipermudahkan. Kepada yang kenal aku. Maaf jugak eh :)

Status untuk hari ni dekat facebook :(


Opsss!!sedih je kan aku ni. Macam nak hari raya lak tapi itulah yang aku rasa time aku tengah taip ni. Sedih je. Ish bby jangan sedih2 au :)

Okaylah setakat itu untuk hari ini :)




Feb 2, 2014

Tilam Kekabu Baby

 Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ni dah 36 week. Hati semakin tak tentu arah. Asyik duk fikir macam mana itulah inilah.Hari ni mood nak update pasal tilam kekabu dak baby dalam perut ni. Tilam ni dah lama dah buat tapi maklumlah malas sangat nak update time awal2 pregnant. Dah hujung2 ni barulah rajin sikit nak update. Mungkin semangat sangat nak tengok dak baby kuar agaknya.

Time mula2 aku dengan encik suami pergi tilam kekabu ni yang dah siap dekat kampung jawa. Kalau orang melaka mesti akan tahu dekat mana kampung jawa tu sebab mak2 dulu2 yang duk dekat melaka suka beli barang kat situ sebab murah2 dan paling penting senang nak tawar menawar.

Harga tilam asalnya RM39.00 tapi lepas tawar dapatlah RM30 saja 1 tilam tu. Berbaloilah jugak harganya. Tapi aku nak beli sarung baru sebab tilam tu tak bersarung. So beli sarung tilam dekat nagoya. Beli 2 meter je dah cukup dah. Lepas tu suruh mak sedara jahitkan.

Comel sgt sarung tilam tu. Mula2 ngat nak beli kain 1 corak je. Tapi maklumlahkan aku ni. Kalau nak pape tamak. Hahaha so lepas2 tu aku dengan sendirinya pergi beli dekat kamdar lak. Kain tu semeter sampai RM12.50. Tapi tak apa. Yang penting cantik dan sedap mata memandang dengan colour tema superman. Hihihi.

Okay meh aku nak tunjuk tilam dak baby. Tapi gambar tak berapa nak adalah. Hihihi. Tapi cukuplah nak ceritakan yang aku puas hati dengan apa yang nak adakan untuk dak baby :)

Set Tilam Kekabu - RM30


Kain untuk sarung tilam


Tilam dak baby :)

okay daa.. Itu sajalah pasal tilam kekabu dak baby :)