Pages

Jan 30, 2014

Snow Bear Electric BreastPump

Assalammualaikum & Salam SejahteraTadaaaaa!!!!! Akhirnya dapat jugak beli breastpump(BP). Macam yang aku cakap semalam aku nye pilihan hati. Snow Bear Breastpump. Harga berbaloilah jugak bagi aku. Nak beli Medela ke memang tak mampulah kan.

Semalam lepas habis je kerja encik suami terus bawak aku pergi beli BP ni. Kami dilayan dengan begitu baik sekali. Yelah kan tauke kedai tu terangkan satu2 kebaikan BP ni.Lokasi tu bersebelahan dengan kedai sukan dekat Hang Tuah Mall Melaka. Apa entah nama kedai. Lupa aku nak tengok. Hahahahaha.Yang pasti layanan yang diberikan memang superb. Hihihi. Suami aku pun suka jugak sebab senang je nak deal harga dengan dia.

Harga asal Bp ni RM189.90 tapi biasalah kan kita mesti nak minta lagi murah sebab kalau dekat shopping memang tak ada maknalah kan nak tawar menawar ni. Ni alang2 dekat kedai biasa je so memang akan mintak murah. So tauke kedai tu bagi harga RM165. So far okay lah bagi aku dari tak ada tawar. Kalau jual online pun ada yang jual RM180.

Hati berbunga2 dah dapat BP yang aku nak. Tapi aku tak dapatlah nak bagitahu macam mana rasanya sebab aku pun tak guna lagi. Tapi sebagai pengguna aku harap BP pilihan hati aku dengan encik suami ni okay. Amin....Nanti kalau aku dah guna kau akan bagitahu macam mana okay.

Hah lagi 1, kan aku pernah bagitahu yang BP ni ada warranty setahun kan. So senang lah kalau rosak ke apa ke. Hantar kedai balik je lah. Semalam tauke kedai bagi aku warranty start dari due aku 25.2.2014 smpai 30.2.2015. So far okaylah lah kan, Tak berkira sangat tauke ni.


Advanced Electric Breast Pump - Snow Bear

Tauke kedai ajar macam mana nak guna

Beli BP ni dapat free gift mainan baby :)


Keterangan belakang kotak :0

Part Of BP

So hasil kutipan di kedai tu hanya RM170 plus storage bottle tu. Storage botol tu 1 RM3.50 je.Encik suami cakap nanti dia pergi belikan lagi sebabnya ada lagi nak kena beli. Janji da tunjuk mana yang nak kena beli nanti pandai2 lah dia pergi beli. Sebab aku ni payah jugak kan kalau tak berkenan tu terus cakap. Sampai kecik hati suami aku. Hahaha.Okay daaaa :)




Jan 28, 2014

Breastpump mana pilihan hati

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hah!!! Tajuk dah tak beragak dah kau seri. Siap nak ber breastpump(BP) bagai tapi itulah hakikat sebab sekarang ni aku tengah survey2 mana breastpump yang okay untuk ibu2. Yelah kan sebab aku ni pengalaman kali pertama.

Banyak jugak minta pendapat kawan2 yang dah ada pengalaman.Antara yang dorang pakai avent manual & Pureen battery. So aku tak tahulah. Kalau aku tengok sepupu aku. Dia jenis tak kesah dia pakai Fiffy yang manual tu. Jenuh aku tengok nak pump. Itu sebab aku selalu tengok2 review setiap breastpump yang kawan2 aku pakai.


Avent Manual BP

Fiffy manual BP

Eve Love BP

Battery Operated BP with Adapter


Nak dijadikan cerita ahad lepas aku dengan encik husband merayap pergi tengok2 breastpump dekat Melaka ni. Adalah 4 kedai kiteorang pergi. Tengok2 breastpump. Nak beli BP ni kena ikut kemampuan poket juga. Kalau tak memang nak mahal n paling bagus. Hihihi. Tapi kena tahan nafsu antara Keperluan dan Kehendak. Bff Adda ada jugak bagitahu pasal Eve Lovee BP. Aduh memang banyak kelebihan tapi aku tak boleh nak beli sebab kos terlalu tinggi. Sabar ye duhai hati  nanti ada rezeki kita beli :)

Sampai 1 kedai dekat Hang Tuah Mall. Lupa pulak namanya apa(nanti akubagitahu eh). Aku dan encik husband dah berkenan dekat BP Snow Bear. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab ada warranty 1 year dan ada spare part. Yelah kan benda nak guna lama. Nak beli murah sangat pun tak ada warranty. Lepas aku tengok BP tu apa lagi aku tengok2 lah review dekat internet siapa yang pernah guna BP Snow Bear. Alhamdulillah kebanyakannya cakap okay. So muktamad itulah pilihan hati beta!!!!

Snow Bear BP - RM165
Okay setakat itu pasal BP. Nanti esok dah beli aku update gamabar dan kelebihan BP Snow Wear okay!!!


Jan 27, 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sabtu minggu lepas berlangsunglah majlis perkahwinan sepupu aku sebelah arwah mak aku. Dila dan Gman. Alhamdulillah semua majlis berlangsung dengan baik. Walaupun aku sampai lambat sebab banyak urusan. Lagipun aku tak dibenarkan buat kerja oleh encik husband aku kalau aku nak pergi kenduri kahwin. Nampak tak yang dia sayang kat aku???huhuhu..

Sekarang ini aku mampu tengok je apa saudara mara aku buat masa kenduri kahwin Dila. Harap dorang pun paham jugak keadaan aku. Maklumlah sekarang ini dah 36week. Jalan makin slow. Buat kerja rumah pun makin lama makin lambat je nak siap.

Alhamdulillah walaupun dah 36week usia kandungan aku. Aku mampu bawak kereta sendiri lagi pergi kerja. Harap dipermudahkan sampai masa aku nak bersalin. Amin. Okaylah layan gambar2 aku masa dekat rumah sepupu aku.

Pengantin Perempuan - Dila
Ain dan Angah sedang potong kek

wawa dan ain

my chenta hati

wawa dan ibunya

kami sepupu - ayish dan eyman

kami sepupu - eyman dan along

kami juga sepupu - ain dan angah

angah.wawa dan aku. nampak tak baju aku pakai.baju arwah mak aku :'(

Hantaran P to L

Hantaran L to P

Hye nama saya eyman

Sedara mara

Alala. Comelnye dak baby nie

Family Dila
Mak buyong yang berangan nak naik pelamin lagi.hihihi :)


Semua cerita dekat atas tu cerita hari jumaat sampailah hari sabtu. Cerita hari ahad pulak macam biasalah aku suami isteri memang diberi tanggungjawab untuk pergi kerja kahwin yang ada dekat kampung sebab mentua aku tak larat nak pergi. Tapi aku dengan husband aku kalau pergi kerja kahwin cukup sekadar minum air je. Hahahaha. Malas nak makan sebab kadang2 tak kenak langsung rumah siapa yang kiteorang pergi.Lepas pergi 2 rumah kenduri kahwin apa lagi aku dengan husband pusing2 cari keperluan yang tak cukup lagi untuk dak baby ni. Selalgi tak bersalin ada je yang tak cukup aku rasa. Samalah jugak kalau macam nak kahwin selagi tak sampai majlis selagi tu tak cukup. Hihihi. Naik pening husband aku nak layankan akunya kerenah. Maaf abg!!!!!


Antara barang yang dibeli  untuk dak baby :)

Puan seri dengan Dak Baby :)

Encik Husband yang payah nau nak amik gambau

Puan seri yang syok sendiri time nak pergi kenduri kahwin

Kami :)




Balik dari beli barang baby ingatkan cukuplah jalan2 untuk hari ahad tapi tak. Kiteorang pergi tengok Baby dak Mijan aka sepupu husband aku. Comel je dak baby Mijan. Layan gambar2 jelah eh. Banyak sangat dah menaip nie. :)

Assalammualaikum nama saya Nur Ainul Mardhiah :)




Fuhh!!! Okaylah setakat tu saja yang mampu aku bebelkan dan bagi gambar 

:)

Jan 22, 2014

Kursus Peneman


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ini cerita isnin lepas. Aku dengan hubby pergi Kursus Peneman dekat Hospital Besar Melaka.Kursus Peneman ialah kursus yang patut suami dan isteri pergi untuk mendapat kebenaran supaya nanti suami boleh teman si isteri di labour room time bersalin. Alhamdulilah aku dan husband dah pergi da. Kursus peneman ni cuma laku dekat Hospital Melaka je. Kalau aku ditakdirkan bersalin kat tempat lain. tak tahu lah husband dapat teman ke tak. harap dipermudahkanlah. Sebab aku nak sangat husband aku temankan aku nanti.

Kursus peneman tu start pukul 9 smpai 11 lebih. Sekejap je. Tapi aku amik cuti sehari sebab banyak urusan
nak kena settlekan. Tentatif time kursus peneman tu mai aku bagi tahu sikit

9.00 am - 10.00am
Ceramah pasal apa yang suami kena buat time dalam labour room.
Lepas tu adalah serba sedikit pasal kebaikan susu ibu dan cara nak simpan susu ibu

10.00 am - 11.30 am 
Melawat wad bersalin & labour Room

Itu je lah yang semua peserta kursus peneman kena buat. Simple je. Tapi hati time ni hanya Allah yang tahu
sebab takut yang amat sebab nurse yang bagi taklimat dekat labour room cakap "set dekat otak yang bersalin
memang sakit" So memang tak tentu arahlah hati aku ni. Fuhhhhh..Nurse ni cakaplah tak berapa nak sakit ke.
Hihihi. Husband aku pulak asyik cakap je yang sepupu dia punya bini dah selamat bersalin da. Lagilah aku
takut sebab due sikit lebih kurang aku tapi dia da bersalin awal. Ya Allah tenangkanlah hambamu ni.

Lepas pergi kursus peneman ni aku pergi LHDN untuk settlekan pasan BRIM 3.0. Sudah settle semua balik rumah dan berehat. Kemaen letih lagi aku rasa. Mana taknya kaki da bengkak. Nak pijak pun terasa sakit. So memang malas nak berjalan sekarang.

Harap dengan adanya kursus peneman ni husband aku ada kekuatan nak teman aku dalam labour room sebab wife dia  ni sekarang kemaen penakut lagi. Kepala dah macam2 fikir. Harap semua akan selamat dipermudahkan. Doakan aku ye kawan2. Maaf juga kalau aku ada buat silap.


Ketika tunggu dipanggil untuk masuk dewan ceramah


Sister bagi taklimat di wad bersalin


Keadaan di dalam Labour Room

Tag biru di buku pink :)


Kaki yang mula bengkak - 34 week












Jan 17, 2014

Permulaan 2014

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

33 minggu

Alhamdulillah masih lagi diberi nafas untuk tahun 2014 ni. Macam2 sudah aku alami pada tahun 2013.
Harap akan dapat kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini. Amin. Untuk permulaan cerita aku untuk tahun 2014 setelah lama tak update blog ini aku hidangkan gambar ketika usia kandungan 33 minggu :)












 Alhamdulillah kandungan sihat. Harap akan keluar dengan sihat jugak ye anak. Luv you!!!!!

p/s : Doakan aku ye kawan2 :)