Pages

Jun 27, 2012

Perginya mereka

Asssalammualaikum dan salam sejahtera


Setiap yang hidup pasti akan mati.Itu ungkapan yang tak mampu kita sebagai manusia hendak ubah sebab itu janji Allah kepada kita.Sebagai hamba kita kena redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan kepada kita.
Perginya orang yang kita sayang itu pasti sama ada cepat atau lambat dari matinya kita sebelum mereka.

Perginya seorang ibu yang aku sayang telah banyak menyedarkan aku betapa pentingnya kita supaya jangan berjauhan dari keluarga.Ibu yang aku sayang telah tinggalkan aku dengan pelbagai tanda tanya dikepala aku sebab aku seorang tidak dapat menatap wajah ibu disaat akhir hayat nya. Aku redha sebab itu takdir.

Selang beberapa tahun nenek yang aku sayang juga tinggalkan aku.Dan sekali lagi aku masih tinggal berjauhan dengan keluarga. Kenapa aku masih tidak nampak semua yang aku penah lalui.Tetapi aku masih diberi ruang untuk bersama dan menjaga nenek disaat akhir hayat nenek.Alhamdulillah apa yang aku fikir dikepala aku tak terjadi kerana di saat akhir hayat nenek aku masih mampu menatap dan cium dahi nenek untuk kai terakhir.

Janji Allah itu pasti,pada tahun ini Makcik yang seorang yang kuat menahan sakit jantung dari remaja telah pergi tingglkan aku dan keluarga.Makcik yang terlalu rapat dengan aku setelah perginya emak dan nenek pergi. bagi aku makcik aku seorang yang kuat kerana dia dapat menahan sakit terlalu lama.

Allah telah memberi aku ruang untuk bersama-sama makcik aku semasa dia sakit.Aku sempat tunggu makcik aku time operation jantung.Saat itu hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan beliau.Aku,sepupu dan pakcik aku yang berada di situ hanya mampu berdoa supaya semua berjalan dengan lancar.Alhamdulilllah makcik aku selamat.Kami tersenyum gembira.


Tapi siapa sangka senyuman kami semua hanya sementara.Kami redha.Hanya seminggu lebih aku balik tinggal di Melaka makcik aku pegi meninggalkan kami.Makcik kena serangan jantung.Bergantung dengan mesin.Ya Alllah sunggguh sedih melihat keadaan makcik semasa di bilik CCU.Kami semua keluarga telah redha dengan apa yang akan berlaku masa itu sebab doktor telah bagitahu yang makcik tak dapat bertahan lama.Makcik terlalu lemah.


Semua yang berlaku akan ada hikmah.Itu juga pasti.Semoga arwah emak,nenek dan makcik ditempatkan dikalangan orang-orang berimanan.Al-Fatihah.


Note : Mati itu Pasti



No comments: