Pages

Jan 22, 2014

Kursus Peneman


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ini cerita isnin lepas. Aku dengan hubby pergi Kursus Peneman dekat Hospital Besar Melaka.Kursus Peneman ialah kursus yang patut suami dan isteri pergi untuk mendapat kebenaran supaya nanti suami boleh teman si isteri di labour room time bersalin. Alhamdulilah aku dan husband dah pergi da. Kursus peneman ni cuma laku dekat Hospital Melaka je. Kalau aku ditakdirkan bersalin kat tempat lain. tak tahu lah husband dapat teman ke tak. harap dipermudahkanlah. Sebab aku nak sangat husband aku temankan aku nanti.

Kursus peneman tu start pukul 9 smpai 11 lebih. Sekejap je. Tapi aku amik cuti sehari sebab banyak urusan
nak kena settlekan. Tentatif time kursus peneman tu mai aku bagi tahu sikit

9.00 am - 10.00am
Ceramah pasal apa yang suami kena buat time dalam labour room.
Lepas tu adalah serba sedikit pasal kebaikan susu ibu dan cara nak simpan susu ibu

10.00 am - 11.30 am 
Melawat wad bersalin & labour Room

Itu je lah yang semua peserta kursus peneman kena buat. Simple je. Tapi hati time ni hanya Allah yang tahu
sebab takut yang amat sebab nurse yang bagi taklimat dekat labour room cakap "set dekat otak yang bersalin
memang sakit" So memang tak tentu arahlah hati aku ni. Fuhhhhh..Nurse ni cakaplah tak berapa nak sakit ke.
Hihihi. Husband aku pulak asyik cakap je yang sepupu dia punya bini dah selamat bersalin da. Lagilah aku
takut sebab due sikit lebih kurang aku tapi dia da bersalin awal. Ya Allah tenangkanlah hambamu ni.

Lepas pergi kursus peneman ni aku pergi LHDN untuk settlekan pasan BRIM 3.0. Sudah settle semua balik rumah dan berehat. Kemaen letih lagi aku rasa. Mana taknya kaki da bengkak. Nak pijak pun terasa sakit. So memang malas nak berjalan sekarang.

Harap dengan adanya kursus peneman ni husband aku ada kekuatan nak teman aku dalam labour room sebab wife dia  ni sekarang kemaen penakut lagi. Kepala dah macam2 fikir. Harap semua akan selamat dipermudahkan. Doakan aku ye kawan2. Maaf juga kalau aku ada buat silap.


Ketika tunggu dipanggil untuk masuk dewan ceramah


Sister bagi taklimat di wad bersalin


Keadaan di dalam Labour Room

Tag biru di buku pink :)


Kaki yang mula bengkak - 34 week












No comments: