Tajuk entry kali ni macam semacam je. Tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni aku macam moody je. Semua tak kena. Suka nak menyendiri. Mungkin ini sebab terlalu fikirkan bila nak bersalin agaknya. Aduh semacam je aku sekarang ni. Padahal ramai dah bagitahu suruh aku tenang je. Hadapi dengan tenang apa semua.Sekarang ni usia kandungan aku dah 37week dah.
Tapi sebagai manusia biasa kita tak akan lari dari perasaan takut. Sebab itulah naluri seorang yang akan bergelar ibu. Aku yakin semua bakal2 ibu dan ibu2 akan rasa apa yang aku rasa. Dan sebagai manusia biasa jugak kita tak akan lari dari buat salah dengan semua orang. Jadi dikesempatan ini aku ingin mohon maaf terutamanya kepada :
- Suami - Abang maafkan syg eh sebab syg selalu buat abg susah hati, mengada je nak suruh buat itu buat ini. Tapi percayalah saya bukan sengaja. Pembawakan kot. Hihihi. Kesian abg kena layan kerenah syg. Kena tumbukkan ubat untuk syg hari2, kena urut kaki syg kalo abg ada time malam, kena belikan itu belikan ini. Maafkan syg eh. Halalkan makan minum syg. Syg cyg abg au. Ingat janji abg au. Nak temankan syg dalam Labour Room (LR).
- Abah - Maafkan adik eh abah sebab adik selalu lawan cakap abah dulu. Doakan adik kuat macam arwah mak masa lahirkan adik. Adik harap abah ada dengan adik time adik nak lahirkan cucu abah ni. Halalkan jugak makan minum yang abah bagi dari adik kecil sampai sekarang. Doakan adik eh abah. Adik sayang abah dunia akhirat.
- Mentua - Maafkan seri eh mak dan abah, Harap halalkan makan minum semua. Doakan seri kuat. Seri harap semua nasihat dari mak dan abah seri dapat ikut time nak bersalin nanti.
- Family aku - Maafkan semua yang ateh buat eh. Sebab ateh kan kuat sakitkan hati korang. Tapi ateh tahu korang baik hati sebab kita semuakan kuat macam arwah mak n abah. Apa orang nak kata kita layan je. Doakan ateh kuat time nak bersalin anak buah korang eh.
- Family Mentua - Maafkan seri kalau ada sakitkan hati semua. Doakan seri :)
- Kawan-kawan - Maaf eh kawan2 terutamanya kepada GG semua. Koranglah semangat aku. Korang sentiasa bagi semangat dekat aku. Harap semua dipermudahkan. Kepada yang kenal aku. Maaf jugak eh :)
Status untuk hari ni dekat facebook :( |
Opsss!!sedih je kan aku ni. Macam nak hari raya lak tapi itulah yang aku rasa time aku tengah taip ni. Sedih je. Ish bby jangan sedih2 au :)
Okaylah setakat itu untuk hari ini :)
No comments:
Post a Comment