Pejam celik kejap je anak aku dah 4 bulan 3 hari. hari ni kena bawa dia pergi cek dekat kilnik untuk 4 bulan. So sebab baba hadi ada rumah dialah kena bawa. Sekarang ni kena bawa hadi pergi klinik kena ikut masa temujanji yang dia bagi. Kalau tak dulu pukul 7.30pagi akudah terpacak depan pintu klinik tu sebab nak cek. Maklumlahkan nama pun klinik ibu dan anak so memang akan ramai. Tipulah kalau tak ramai. Sebab tu yang aku dengar keluh resah ibu2 mengandung dan ibu2 yang bawak anak pergi klinik setiap bulan.
So tadi aku pergi klinik pukul 10pagi sebab appointment pukul 10pagi. Tadi hadi tak banyak meragam dekat kilinik. Dah biasa agaknya sebab tu tak kesah. Dalam pukul 10.45pagi baru nama hadi dipanggil. Benda first yang kena buat timbang berat hadi dan ambil ukuran panjang hadi.
Berat : 5.45kg
Panjang : 58cm
BMI : 16.2
Lepas dah cek semua tu. Kena tunggu lagi okay bukan terus boleh balik. Kena jumpe misi lak. Sekejap je nama hadi dah panggil. Misi tu cek2 hadi tengok hadi aktif ke tak. Alhamdulillah anak mama sihat semuanya. Just anak mama tak pandai nak meniarap sendiri je. Tak apa slow2 okay sayang. Nanti lama2 boleh lah.
Tapi misi tu cakap anak aku cam 'bantut' sikit sebab panjang hadi still dekat graft kuning. ish apalah la misi tu. Tak baik cakap macam tu. Tapi mungkin dia ikut graft dia kot. Tapi still okay lagi setiap bulan ada penambahan berat dan panjang. Apa2 janji sihat.
Tepat pukul 11pagi settle lah urusan bawa hadi pergi klinik. Balikdari klinik baba hadi ajak pergi amibil surat sokongan YB dekat jepuran. Siap surat apa semua terus hantar hadi pergi rumah ibu angah dia. Hari ni ibu angah dia jaga sekejap je dari pukul 11 lebih sampai pukul 4.30petang sebab petang nak tengok mentua dia. Harap mentua dia sihat sebab still ada dala icu sebab jangkitan kuman. Aku ni tak tengok2 lagi. Kalau ada kesempatan esok aku nak pergi tengok sekejap. Jumaat kan rehat lama sikit.
Pukul 11 lebih aku pergi office smpai pukul 12 tengah hari. Lambat. Hahahahaha. tapi buat muka tak bersalah je sebab aku dah bagitahu yang aku masuk lambat. Yang best nya bos aku ni kalau aku masuk lambat dia tak tolak cuti. So jimat lah cuti aku. Gaji pun tak potong.
![]() |
| Buku Biru Muhammad hadi Bin Mohd Ridhuan |
![]() |
| Apa yang misi duk tulis dalam buku biru |
![]() |
| Muhammad Hadi - 1 hari |
![]() |
| Muhammad Hadi - 4 Bulan |
Setakat ini saja cerita aku sebab nak sambung buat kerja. Maaf sebab aku memang ayat merapu sikit kalau menaip ni. Maklumlah BM aku memang tak berapa nak okay time SPM. hahahaha




2 comments:
dah besau ensem hadi ni...tinggi saham...hihi..berani misi cakap hadi bantut eh??mama baba hadi pon bukan tinggi mana..standard la tu..huhu
aah ade ke dia cakap anak aku bantut. cis misi tu.. x kenal mam hadi lagi. misi tu x nampak gak nye mama hadi kemaen tinggi lagi. hahahahah
Post a Comment