Pages

Jan 28, 2014

Breastpump mana pilihan hati

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hah!!! Tajuk dah tak beragak dah kau seri. Siap nak ber breastpump(BP) bagai tapi itulah hakikat sebab sekarang ni aku tengah survey2 mana breastpump yang okay untuk ibu2. Yelah kan sebab aku ni pengalaman kali pertama.

Banyak jugak minta pendapat kawan2 yang dah ada pengalaman.Antara yang dorang pakai avent manual & Pureen battery. So aku tak tahulah. Kalau aku tengok sepupu aku. Dia jenis tak kesah dia pakai Fiffy yang manual tu. Jenuh aku tengok nak pump. Itu sebab aku selalu tengok2 review setiap breastpump yang kawan2 aku pakai.


Avent Manual BP

Fiffy manual BP

Eve Love BP

Battery Operated BP with Adapter


Nak dijadikan cerita ahad lepas aku dengan encik husband merayap pergi tengok2 breastpump dekat Melaka ni. Adalah 4 kedai kiteorang pergi. Tengok2 breastpump. Nak beli BP ni kena ikut kemampuan poket juga. Kalau tak memang nak mahal n paling bagus. Hihihi. Tapi kena tahan nafsu antara Keperluan dan Kehendak. Bff Adda ada jugak bagitahu pasal Eve Lovee BP. Aduh memang banyak kelebihan tapi aku tak boleh nak beli sebab kos terlalu tinggi. Sabar ye duhai hati  nanti ada rezeki kita beli :)

Sampai 1 kedai dekat Hang Tuah Mall. Lupa pulak namanya apa(nanti akubagitahu eh). Aku dan encik husband dah berkenan dekat BP Snow Bear. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab ada warranty 1 year dan ada spare part. Yelah kan benda nak guna lama. Nak beli murah sangat pun tak ada warranty. Lepas aku tengok BP tu apa lagi aku tengok2 lah review dekat internet siapa yang pernah guna BP Snow Bear. Alhamdulillah kebanyakannya cakap okay. So muktamad itulah pilihan hati beta!!!!

Snow Bear BP - RM165
Okay setakat itu pasal BP. Nanti esok dah beli aku update gamabar dan kelebihan BP Snow Wear okay!!!


3 comments:

By adda aziz said...

Yeahhhhh dah beli BP!!xpe slow2 k..aku pon ni baru beli..dulu pkai manual je pon..hehehe :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Trbaek.....hihi