Pages

Jul 10, 2014

Meniarap

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kebiasaan ada bayi dah mula meniarap umur 3 bulan lebih tapi Hadi belum lagi. Sekarang dia nak masuk 5 bulan dah. Kalau mengiring dari dia 3 bulan lebih memang mengiring. Dia tidur pun memang suka tidur mengiring kecuali dalam buai dia tidur terlentang.

Normal ke tak kalau Hadi lambat meniarap? Tak apalah lambat pun tak apa janji Hadi sihat. Jumaat lepas masa hantar Hadi rumah ibu dia. hadi nak pusing2 kan badan dah. Tak boleh terlentang dia menangis. Hadi2. Slow2 lah sayang. Mana boleh nak terus dapat meniarap je. Hihihi. Semangat sungguh tengok dia. Kadang2 kesian pun ada jugak. Tapi biar dia usaha sendiri.

Nak dijadikan cerita hari isnin baru2 ni. Masa nak tidur Hadi boleh pula dia nak meniarap. Pusing2 dan akhirnya anak mama berjaya. Congrats Hadi. Nanti cuba lagi okay. Sebab hadi ni kalau dah boleh bersungguh nak buat lagi. Nak pusing balik tak berapa nak pandai lagi. Berpeluh2 tengok dia nak meniarap. Happy tengok Hadi dah pandai meniarap.

Lepas ni mama baba dah kena standby pengepung sebab hadi kuat berpusing2 atas katil. Risau kalau jatuh. 
Okay lah ni gambar masa Hadi berjaya meniarap sendiri tanpa bantuan. Time meniarap ni mata dia kuyu sangat nak tidur.
Meleleh air liur sementara nak meniarap :)

Okay daaaaaa :)




1 comment:

Precious Iman said...

amboii..bsungguh muka nk meniarap tu..