Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdullillah hari sudah masuk 3 ramadhan. Macam kejap rasanya. So kalau masuk bulan ramadhan mesti macam2 kita nak masak kan. Termasuklah aku. Aku teringin nak masak murtabak maggi. Sebab aku nak masak murtabak maggi adalah aku rasa resepi yang simple. Haha.
Okay meh aku nak bagitahu bahan2 yang aku guna.
Bahan-bahan (3 kampit maggi )
1. Ayam cincang halus
2. Cili hidup
3. Daun bawang dan daun sup
4. Bawang merah dan bawang putih (hiris halus)
5. Telur 5 biji
6. Maggi kari 3 bgkus
7. Rempah kari 1 sudu
2. Cili hidup
3. Daun bawang dan daun sup
4. Bawang merah dan bawang putih (hiris halus)
5. Telur 5 biji
6. Maggi kari 3 bgkus
7. Rempah kari 1 sudu
Cara masak
1. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Selepas itu masuk kan ayam. Goreng sampai ayam masak.
2. Sementara itu rebus mee maggi dan toskan air
3. Masukkan bahan yang ditumis & megi yang ditos kedalam mangkuk. Kacau sampai sebati. Dan last sekali masukkan telur dan daun bawang. Kacau smapi sebati.
4. Panaskan kuali. Guna minyak macam nak goreng telur dadar. Tak payah banyak minyak sangat. Aku pakai pemanggang ajaib je. Goreng smpai telur masak dan angkat.
5. Siap untuk dihidang.
Antara bahan-bahan |
Mutabak maggi |
Mutabak maggi ;) |
Rasa murtabak maggi ni korang rasa sedap ke tak. Opkos sedap. hahaha. Bagi aku lah sebab laki aku cakap sedap . So mission complete :)
Maaf kalau resepi aku tak berapa sedap nak dibaca sebab ni first time tulis2 pasal masak-masak ni.
Selamat berpuasa semua :)
2 comments:
power! siap ada ayam..bahan tumis bagai..kalau aku, telur + megi je..kikiki..bole cuba ni..
ADDA ko cube au. sedap....aku suke. wan pun suke sgt. hahaha
Post a Comment