Pages

Apr 4, 2016

Cuti-Cuti Malaysia : Port Dickson

Assalammualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik walau kadang-kadang sakit jugak sebab penat bekerja kot. hihi. Blog yang dah lama bersarang. Haha. Idea nak tulis kadang-kadang ada kadang-kadang tak datang. Sampai dah ada anak 2 dah. hahaha.

Cuti2 Malaysia tahun 2016 bermula dengan pergi kelantan tapi da lama dah pergi. Nanti-nanti lah update pasal Cuti-Cuti Malaysia ke Kelantan bulan 2 hari tu. Hari ni nak cerita pasal pergi Port Dickson. Pergi PD ni pun rancang last minit kebetulan ade wedding rumah sepupu.

Sabtu, 2 April 2016

Kiteorang gerak ke PD. Biasalah nak bercuti dekat2 ni semangat kurang sikit. haha. Pagi2 lepas subuh baru nak packing barang semua. Kelam Kabut. Siap2 makan dekat rumah semua dalam pukul 10pagi gerak. Ikut highway sebab wan malas nak lalu kampung. Sampai PD cari hotel budget bawah RM150 je. Memang selalu kiteorang dah sampai baru cari hotel sebab fikir bukan cuti sekolah so mesti banyak hotel kosong. Plan Asal nak stay Langit-Langit Hotel tapi full. Langit-Langit Hotel ada swimming pool. So best lah kan. Last kiteorg stay MERLIN HOTEL harga RM150. Ok lah sebab bawah budget lagi. haha. Janji selesa anak beranak.


Gambar luar Hotel Merlin

Sebelum pintu masuk siap ada payung-payung. Colourfull

Gambar wajib anak beranak

Senyuman manis anak mama

Ni yang paling best. Anak-anak happy. Masuk2 bilik je terus happy.

Abang Adik

Lepas check in hotel. Kiteorang anak beranak lepak2 dalam bilik dulu sebab nak pergi laut memang panas yang amat. So plan lepas asar baru keluar pergi laut. Tapi sebab dekat luar ada gelongsor bawaklah hadi dan haris pergi keluar. Baba tidur. hihi. Hadi panggil gelongsor tu "enan"

Sorang2 pun jadi hadi ni nak main2

Happy Boy





Lepas hadi dah puas main2 gelongsor tu. Kiteorang masuk dan siap2 nak pergi laut. Hadi lah paling happy sekali. Mama n baba tak berapa sangat dengan laut tp sebab nak happy kan hadi n haris je. hihi. Sampai2 dekat pantai kiteorang cari tempat nak duduk. Just nak letak barang2 je. Tak adalah macam berpicnic nau. Lepas tu turun pergi dekat pantai main2 air. Haris pun main2 air jugak.









Memang badan letih lah mandi laut ni walau tak mandi sangat mungkin sebab panas kot. Dalam pukul 6.30 kiteorang balik hotel. Mandi semua dekat hotel. Anak2 letih gila balik2 mandi terus tidur. Tapi sebab mama baba lapar. Keluar jugak malam tu pergi cari makan malam. Kiteorang makan dekat lori2 yang jual2 makanan tu. Makan nasi goreng dan char kueh tiaw jer. Bolehlah sebab nak pusing2 cari kedai memang payah sebab ada pasar malam. Pasar malam pun tak pergi sebab payah nak parking. Lepas makan baba ajak pergi tengok budak2 main RB. Mana2 pergi memang ada lah orang main RB ni. Hadi paling suka, Tapi mama galat sangat sebab tak bawa yoyo car hadi. Kalau tak boleh lah hadi main2 juga, Tak adalah tengok orang main je. Dalam pukul 12 kiteorang balik. Sampai2 bilik terus tidur sebab letih nau.

Ahad, 3 April 2016

Bangun awal sebab anak2 kemain awal lagi bangun, Nak tak nak mama kena lah bangun. Mandikan anak2. Makan semua dalam bilik. Sarapan megi. haha. Dah beli awal2 sebelum balik hotel malam tu. Sebab malas nak keluar, Hadi pun makan megi. Haris makan roti je. Dah siap2 makan nak bagi hadi tenang sikit sebab dia dalam bilik banyak sangat kerja dia. So bawa dia main gelongsor lagi. Sementara baba siap,
Gambar ni gegau plak. Ni dalam hotel tu

Sakan gelak adik ni

Turun naik main gelongsor

Lepas da puas main. Baba dah siap masuk bilik kemas2 nak checkout dalam pukul 11. Baba ajak pergi minum sebelum nak pergi wedding sepupu. Pergi lah minum coconut shake tapi tak sedap. Lepas tu terus pergi wedding sepupu. Makan2 gerak balik pergi Teluk Kemang sebab nak cari baju. Dekat Teluk Kemang hadi nak main kereta control baba layankan lah. RM5 untuk 10minit. Bolehlah. Nak happykan hadi. Lepas tu beli tshirt PD sorang sehelai dan balik..........................

Baba dan hadi

Mama Hadi Haris





Kereta control

So tamatlah percutian kami anak beranak. 2 hari 1 malam di Port dickson. Nanti baba cakap nak repeat lagi sebab nak tidur hotel hadap laut. Kos tinggi sikit so nanti2 lah.hihihi. Sampai melaka dalam pukul 5. Anak2 dua2 tidur. Tapi mama gigih kemas rumah basuh baju semua..

Okay next story tunggu tangan dan kepala ada idea :)

Aug 15, 2014

Hari Raya 2014

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulilah hari ni masuk syawal yang ke 18. Sekejap rasanya raya tahun ni. Macam tak raya pun ada jugak sebab tahun ni lah banyak rumah saudara mara yang tak pergi. Rumah kawan-kawan lagi lah tak pergi.
Apalah nak jadi raya tahun ni. Hihihi. 

Tapi apa-apa pun  happy sangat sebab tahun ni dapat beraya sebagai isteri buat tahun yang ke 2 dan seorang mama buat tahun yang pertama buat anak yang bernama Muhammad Hadi yang nak masuk 6 bulan sudah.

Pagi raya tahun ni kami bertiga. Nasib lah laki aku dapat cuti tahun ni kalau tak kena kerja. First time dia cuti setelah 4 tahun kerja. So meh lah layan gambar raya dari kamera handphone aku. Tema Merah :)


Hadi orang paling awal siap pagi raya. Semangat!!!

anak baba

Ambil gambar lepas baba balik solat 

Merah nau aku tengok kan :)



mama baba hadi

Family besar aku

Bersama mentua aku. Hadi time ni tido :)

Alhamdulillah sempurna ray aku tahun ni dengan keluarga yang semua ada. Tambah2 lagi ada Muhammad Hadi yang makin lama makin cedik. :)

Apa2 maaf kalau ada salah silap dekat siap2 yang sudi singgah dekat blog aku ni (berangan lebih kau seri macam lah ada orang nak baca  blog tunggang langgang kau ni.Hihi)

Ok. Daaaaaa

Jul 10, 2014

Meniarap

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kebiasaan ada bayi dah mula meniarap umur 3 bulan lebih tapi Hadi belum lagi. Sekarang dia nak masuk 5 bulan dah. Kalau mengiring dari dia 3 bulan lebih memang mengiring. Dia tidur pun memang suka tidur mengiring kecuali dalam buai dia tidur terlentang.

Normal ke tak kalau Hadi lambat meniarap? Tak apalah lambat pun tak apa janji Hadi sihat. Jumaat lepas masa hantar Hadi rumah ibu dia. hadi nak pusing2 kan badan dah. Tak boleh terlentang dia menangis. Hadi2. Slow2 lah sayang. Mana boleh nak terus dapat meniarap je. Hihihi. Semangat sungguh tengok dia. Kadang2 kesian pun ada jugak. Tapi biar dia usaha sendiri.

Nak dijadikan cerita hari isnin baru2 ni. Masa nak tidur Hadi boleh pula dia nak meniarap. Pusing2 dan akhirnya anak mama berjaya. Congrats Hadi. Nanti cuba lagi okay. Sebab hadi ni kalau dah boleh bersungguh nak buat lagi. Nak pusing balik tak berapa nak pandai lagi. Berpeluh2 tengok dia nak meniarap. Happy tengok Hadi dah pandai meniarap.

Lepas ni mama baba dah kena standby pengepung sebab hadi kuat berpusing2 atas katil. Risau kalau jatuh. 
Okay lah ni gambar masa Hadi berjaya meniarap sendiri tanpa bantuan. Time meniarap ni mata dia kuyu sangat nak tidur.
Meleleh air liur sementara nak meniarap :)

Okay daaaaaa :)




Jul 9, 2014

Rambut Raya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah pejam celik hari ni dah masuk 11 Ramadhan. Macam kejap masa berjalan sekarang ni. Setakat ni puasa masih full lagi :)

Semalam Kami anak beranak pergi kedai gunting rambut, Niat nak trim sikit  je rambut Hadi tapi pekerja kedai tu cakap kena pakai mesin juga. Alahai lemah betul lah. Sebab sayang rambut hai.Tapi tak apa lah kesian Hadi sebab rambut dia dah kena telinga. Macam rimas je tegok dia. So dengan hati yang berat kena botak lah dia. 

Hadi anak yang baik. Diam je masa uncle tu mesin rambut dia. Baik anak mama ni. Kalau nak tahu baba hadi pun baru lepas gunting rambut. Itu saja lah fesyen rambut baba hadi. Hihihihi. 




Before kena potong rambut

Hah da pakaibedak dah dekat badan tu

Cool je anak mama baba :)

Mama baba hadi :)

taraaaaa ni lah hasilnya


Okaylah setakat nilah cerita semalam. Ini rambut Hadi dan Baba. Rambut Raya. :)

Jul 3, 2014

Berbuka puasa



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah masih diberi nafas untuk meneruskan bulan puasa  yang penuh dengan keberkatan tahun ni. Hari tu aku dengan family sebelah aku dapat buaka puasa sama2. Just akak dan adik aku  tak dapat nak join sebab masing2 kerja. Tak apa next time boleh buka sama lagi sebab kami rumah dekat2 je. Yang sayang nya time kumpul ramai2 tak ada gambar ramai2. Sedih. Tak apalah meh aku tunjuk sikit gambar kami anak beranak :)


Antara lauk berbuka
My Abah
Balqis & Hadi
Mereka sepupu sepapat :)

Balqis & Hadi


Okaylah ni la cerita masa puasa ke empat kami anak beranak :)

Selamat Berpuasa semua :)

Jul 1, 2014

Murtabak maggi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdullillah hari sudah masuk 3 ramadhan. Macam kejap rasanya. So kalau masuk bulan ramadhan mesti macam2 kita nak masak kan. Termasuklah aku. Aku teringin nak masak murtabak maggi. Sebab aku nak masak murtabak maggi adalah aku rasa resepi yang simple. Haha.
Okay meh aku nak bagitahu bahan2 yang aku guna.

Bahan-bahan (3 kampit maggi )

1. Ayam cincang halus
2. Cili hidup
3. Daun bawang dan daun sup
4. Bawang merah dan bawang putih (hiris halus)
5. Telur 5 biji
6. Maggi kari 3 bgkus
7. Rempah kari 1 sudu

Cara masak

1. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Selepas itu masuk kan ayam. Goreng sampai ayam masak.
2. Sementara itu rebus mee maggi dan toskan air
3. Masukkan bahan yang ditumis & megi yang ditos kedalam mangkuk. Kacau sampai sebati. Dan last sekali masukkan telur dan daun bawang. Kacau smapi sebati.
4. Panaskan kuali. Guna minyak macam nak goreng telur dadar. Tak payah banyak minyak sangat. Aku pakai pemanggang ajaib je. Goreng smpai telur masak dan angkat.
5. Siap untuk dihidang.

Antara bahan-bahan
Mutabak maggi
Mutabak maggi ;)

Rasa murtabak maggi ni korang rasa sedap ke tak. Opkos sedap. hahaha. Bagi aku lah sebab laki aku cakap sedap . So mission complete :)

Maaf kalau resepi aku tak berapa sedap nak dibaca sebab ni first time tulis2 pasal masak-masak ni.

Selamat berpuasa semua :)